Latar belakang Jamuan_Teh_Boston

Tatadagang barangan teh dilaksanakan kerajaan British

Banyak syarikat ditubuhkan pada abad ke-17 bagi memenuhi permintaan terhadap barangan dan minuman teh dari China yang semakin didambakan masyarakat serata benua Eropah.[3] Syarikat Hindia Timur Inggeris (SHTI) diberikan suatu monopoli dalam pengimportan oleh Parlimen United Kingdom pada tahun 1698.[4] Apabila minuman teh semakin mendapat permintaan jajahan-jajahan milik British sendiri, Parlimen negara tersebut giat berusaha menghapuskan saingan luar negara melalui pelulusan suatu akta yang mengehadkan pengimportan teh dari Great Britain sahaja pada tahun 1721.[5] SHTI pula tidak bertindak sebagai pengeksport teh ke jajahan-jajahan British tetapi lebih kepada pemborong barangan ini secara pelelongan untuk dijual kepada firma-firma tertentu di England, pihak perantara ini pula mengeksportkan dan menjual semula kargo ini kepada saudagar-saudagar di kota-kota tanah jajahan termasuk Boston, New York, Philadelphia dan Charleston.[6]

Pemaktuban Akta Teh 1773 serta penentangan daripada golongan penduduk koloni

Wujudnya cukai ini mendatangkan rasa tidak senang dan puas hati dalam kalangan penduduk koloni - mereka sendiri tidak diwakili dalam Parlimen United Kingdom, maka ketiadaan percukaian tanpa perwakilan (No taxation without representation) dalam kalangan mereka sendiri dianggap melanggar hak mereka sebagai penduduk tanah asal sana.